Bulan yang paling mulia. Dipenuhi dengan segala macam keberkatan dan anugerah. Di kurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya.
Malang seribu kali malang, manusia tetap alpa dan leka, melepaskan peluang keemasan ini, yang Allah SWT anugerahkan. Masing-masing sibuk mengejar habuan dunia, yang tidak seberapa, sehingga langsung tercicir ganjaran akhirat yang tidak terhingga.
Sibuk mengikut kehendak hawa nafsu yang tidak pernah puas. Bergelimpangan dalam maksiat dan amalan dosa bagaikan ia amalan biasa sahaja. Hilang pedoman dan rasa malu.
Alangkah ruginya manusia yang malang ini. Ramadhan berlalu tanpa mendapat faedahnya. Bakal menyesal tak terhingga.
Ramadhan, bulan yang mulia. Berjayalah mereka yang menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang di kehendaki Allah SWT dan ditunjuki Rasullullah SAW. Dijanjikan Allah SWT ganjaran dan nikmat yang tiada tandingan didalam dunia ini.
Ayuh, berebutlah kita semua, menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. Rebutlah peluang pada hari-hari terakhir Ramadhan ini, mudah-mudahan Allah SWT temukan kita dengan malam Qadr .